fbpx
Mohamad Shoki (tengah) dipandukan anak mangsa hilang (hilang) ketika operasi SAR di dusun durian, Pusat Pertanian Relau, hari ini.

Anak bantu cari bapa hilang dalam dusun durian, motosikal jadi petunjuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Seorang remaja lelaki menyertai pasukan mencari dan menyelamat (SAR) untuk mengesan bapanya yang hilang sejak lebih sebulan lalu di dusun durian di Lebuh Bukit Jambul di sini, hari ini.

Remaja berusia 15 tahun tahun itu hadir bersama neneknya, Salmah Shamsudin, 72, yang juga ibu mangsa, Shahir Zainul, 46.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pulau Pinang, Mohamad Shoki Hamzah berkata, SAR membabitkan seramai 63 pegawai dan anggota termasuk polis itu bermula pada pukul 10.30 pagi tadi.

Menurut beliau, operasi dijalankan selepas pihaknya menerima panggilan dari polis bagi membantu mengesan mangsa yang hilang sejak 10 Jun lalu.

“Kawasan pencarian dibahagikan kepada beberapa zon bagi memastikan setiap lokasi di kawasan seluas tiga ekar (1.21 hektar) itu berpotensi dapat diperiksa secara menyeluruh.

“Penemuan motosikal dan topi keledar mangsa di lokasi kejadian dipercayai menjadi petunjuk penting dalam operasi ini. Justeru, operasi dimulakan dari kawasan tersebut sebelum pasukan bergerak ke bahagian lebih dalam.

“Anak mangsa turut membantu menunjukkan laluan dan lokasi yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kehilangan bapanya, sekali gus memudahkan pergerakan pasukan penyelamat,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian , hari ini.

Beliau memberitahu, operasi itu melibatkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paya Terubong, Jalan Perak dan Bayan Baru bersama anggota PDRM dari Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya (IP BD).

Beliau berkata, kerjasama semua agensi dan maklumat daripada ahli keluarga diharap dapat membantu mempercepatkan usaha mengesan mangsa.

Kelmarin, Kosmo! Online melaporkan seorang ibu mengharapkan anaknya pulang selepas hilang tanpa khabar beri­ta sejak lebih sebulan lalu dalam kejadian di Bukit Gedung, Bayan Baru di sini.

Salmah dilaporkan berkata, anak bongsu daripada dua beradik itu keluar rumah pada pukul 5 pagi 10 Jun lalu atas alasan mahu mencari durian di sebuah dusun durian di Relau.

Katanya, sejak itu dia langsung tidak pulang hingga membuatkan dua anaknya berusia 13 dan 15 tahun terlalu merinduinya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN