fbpx
Gambar hiasan.

Tikam Bandar Mahkota Cheras: Lima lelaki ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAJANG – Polis menahan lima lelaki warga asing bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang lelaki yang ditemukan maut dengan kesan tikaman di Bandar Mahkota Cheras, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, siasatan lanjut mendapati mangsa merupakan lelaki bukan warganegara berusia lingkungan 20-an yang bekerja di sekitar kawasan kejadian.

Menurutnya, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang telah menahan lima suspek warga asing berusia antara 20-an hingga 30-an bagi membantu siasatan.

“Semua suspek didapati negatif dadah. Seorang suspek telah ditahan semalam dan dibenarkan reman selama enam hari, manakala empat lagi suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kajang esok bagi permohonan reman untuk membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti motif kejadian dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan, Asisten Superintendan Ong Eng Yew di talian 012-6966849 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Semalam, Kosmo! melaporkan seorang lelaki ditemukan maut dengan kesan tikaman di kawasan Bandar Mahkota Cheras selepas polis menerima laporan mengenai penemuan mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri pada pukul 8.40 pagi.

Bedah siasat yang dijalankan di Hospital Kajang mengesahkan punca kematian mangsa adalah akibat pendarahan pada bahagian abdomen berpunca daripada kecederaan tikaman.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN