fbpx
Shazleen menunjukkan gambar Allahyarham Mohamad Haikal ketika ditemui di Unik Forensik Hospital Tanah Merah hari ini. Foto oleh ROHANA MOHD. NAWI / KOSMO!

‘Adik mengadu penat lepas tiga perjalanan ambil bekalan ayam di Kedah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TANAH MERAH – Pemandu utama sebuah lori yang maut dalam nahas kenderaan dipandunya merempuh sebuah treler diparkir di tepi jalan Kota Bharu-Machang-Jeli, dekat Batu 6, Batang Merbau di sini mengadu penat selepas mengharungi tiga perjalanan mengambil bekalan ayam di Kedah.

Dalam kemalangan kira-kira pukul 4 pagi itu, Mohammad Zakuan Mohd. Nor, 25, bersama Norazeman Abdul Aziz, 42, yang merupakan pemandu kedua lori tersebut dan kelindan, Mohamad Haikal Hanifah, 28, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas tersepit di dalam kenderaan berkenaan.

Kakak kepada Allahyarham Mohammad Zakuan, Azwani Mohd. Nor, 38, berkata, adiknya ada memaklumkan hasrat untuk bercuti kerana kepenatan selepas melakukan tiga perjalanan untuk mengambil bekalan ayam di Kedah bermula Jumaat lalu.

Katanya, dia sempat berbual melalui telefon selepas arwah adik ada menghubunginya ketika berada di Kedah.

“Arwah Mohammad Zakuan memaklumkan dia akan bercuti esok kerana sudah penat bekerja selama tiga hari berturut-turut. Adik juga sempat memesan kepada saya supaya membeli makanan kepada ayam peliharaannya di rumah kerana dia bimbang tidak sempat sampai ke rumah,” katanya ketika ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Tanah Merah di sini hari ini.

Azwani memberitahu, adiknya sebelum ini bekerja sebagai pemandu treler sebelum berhenti dan berkhidmat dengan pembekal ayam di Tendong, Pasir Mas.

Sementara itu, kakak kepada Mohamad Haikal, Shazleen Hanifah, 32, berkata, adiknya baru tiga hari bekerja sambilan dengan syarikat pembekal ayam.

Katanya, arwah adiknya sebelum ini bekerja di Pasar Borong Tanah Merah di sini dan bercuti daripada pekerjaan tersebut selepas premisnya tiada bekalan ikan untuk dijual. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN