fbpx
Kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan semalam.

Kebakaran Kampung Bahagia: KKM gerak pasukan bantuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) sudah menggerakkan pasukan bantuan bagi membantu hampir 8,000 mangsa kebakaran di Kampung Bahagia di Sandakan, Sabah.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, pasukan itu termasuk menyediakan sokongan kesihatan fizikal dan psikologi di pusat penempatan sementara (PPS) kepada mangsa.

Katanya, pihaknya dimaklumkan bahawa tiada kehilangan nyawa dalam kejadian itu, namun bantuan tetap disalurkan segera kepada mangsa terjejas.

“Antara pasukan yang digerakkan termasuk kaunselor, jururawat serta pegawai perubatan dan pembantu perubatan yang menjadi sebahagian daripada pasukan bergerak KKM. Pasukan ini akan berada di PPS dan sebahagiannya sudah pun berada di lokasi.

“KKM turut memberi tumpuan khusus kepada bantuan psikologi kepada mangsa dan kita biasanya bertindak pantas dalam aspek itu,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Dapatan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2025 (NHMS 2025): Kesihatan Warga Emas di sini, hari ini.

Dalam kejadian awal pagi semalam, sekurang-kurangnya 8,000 penduduk terjejas apabila kira-kira 1,000 rumah musnah dalam kebakaran di penempatan atas air Kampung Bahagia, Sandakan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN