fbpx
Abdul Kadir menunjukkan gambar kecederaan yang dialami anaknya selepas terkena tembakan pencuri lembu di Ladang Kemahang 1, Tanah Merah hari ini.

Penternak cedera ditembak baru kali pertama sertai rondaan cegah curi lembu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TANAH MERAH – Niat murni seorang penternak membantu penduduk kampung membanteras kegiatan curi lembu bertukar tragedi apabila dia parah selepas terkena tembakan rambang di Ladang Kemahang 1 di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi itu, mangsa, Mohd. Khairi Amri Abdul Kadir, 43, yang kali pertama menyertai rondaan bersama sekumpulan penduduk kampung dilaporkan terkena tembakan di bahagian dagu.

Difahamkan, kumpulan tersebut menjalankan rondaan susulan kekerapan kes kecurian lembu yang dilaporkan berlaku di kawasan ladang berkenaan sejak kebelakangan ini.

Bapa mangsa, Abdul Kadir Mohamad, 73, berkata, dia tidak menyangka hasrat murni anaknya itu berakhir dengan insiden mencemaskan.

Katanya, Mohd. Khairi keluar dari rumah selepas menunaikan solat maghrib di rumah untuk menyertai rakan-rakan melakukan rondaan.

“Dia pergi ke ladang dengan menaiki motosikal bersama penduduk kampung lain. Setibanya di sana, mereka berpecah kepada beberapa kumpulan untuk melakukan rondaan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kampung Kemahang 1 di sini hari ini.

Sementara itu, adik mangsa, Mohd. Amirul Akil, 38, berkata, dia hanya mengetahui kejadian tersebut kira-kira pukul 4.30 pagi selepas menerima panggilan daripada rakan abangnya.

“Berdasarkan cerita rakan, abang sempat meniarap sebaik mendengar bunyi tembakan dilepaskan individu tidak dikenali.

“Walaupun dalam kesakitan, abang sempat meminta rakan-rakan lain melarikan diri kerana beberapa das tembakan rambang dilepaskan,” ujarnya.

Mohd. Amirul berkata, selepas keadaan kembali reda, abangnya telah dibawa keluar dari ladang sebelum dikejarkan ke Hospital Tanah Merah di sini untuk rawatan lanjut.

“Abang masih belum sedarkan diri dan kini menjalani pembedahan bagi mengeluarkan peluru di bahagian dagi kanan,” ujarnya.

Difahamkan, kebanyakan penduduk di kawasan tersebut menjalankan aktiviti penternakan lembu secara lepas bebas di ladang kelapa sawit, sekali gus menjadikan mereka sasaran kegiatan jenayah kecurian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN