SISTEM kesihatan di seluruh dunia telah lama dibina berasaskan model ‘penjagaan penyakit’ (sick care) iaitu sebuah sistem yang direka untuk mendiagnosis dan merawat penyakit selepas berlaku. Pendekatan ini telah membawa kemajuan yang luar biasa dalam bidang pembedahan, perubatan kecemasan, rawatan rapi dan rawatan pakar. Namun, dalam mendepani rencam cabaran sistem kesihatan hari ini, jelas merawat penyakit semata-mata tidak lagi memadai. Kini, hospital di banyak negara termasuk di Malaysia semakin terbeban. Isu masa menunggu yang panjang, kesesakan di jabatan kecemasan, kelewatan……














