fbpx
Tangkap layar video tular kehadiran polis dan kekecohan susulan kes tembak di Bandar Seri Putra, Bangi malam ini.

[VIDEO] Dua penjenayah maut berbalas tembakan dengan polis di Bandar Seri Putra

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAJANG – Dua penjenayah tegar maut selepas terlibat dalam insiden berbalas tembakan dengan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di Jalan Persiaran Seri Putra 2, Bandar Seri Putra, Bangi di sini malam tadi.

Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk M. Kumar berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 9.10 malam.

Menurutnya, kedua-dua suspek disyaki terlibat dalam beberapa kes samun yang dipercayai berlaku di sekitar kawasan Lembah Klang.

“Hasil pemeriksaan di lokasi kejadian menemui pelbagai barangan dipercayai digunakan dalam kegiatan jenayah termasuk sepucuk revolver bersama beberapa butir peluru dan kelongsong.

“Selain itu, polis turut merampas empat bilah parang, peralatan dipercayai digunakan untuk kegiatan pecah rumah, topeng muka serta sarung tangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti penglibatan suspek dalam kes-kes jenayah lain.

Tambahnya, satu sidang media akan diadakan esok bagi memberikan maklumat lanjut berhubung insiden berkenaan. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN