fbpx
Gambar hiasan - JANAAN AI

Tiga suspek Dusun Tua ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAJANG – Polis melepaskan tembakan ketika berdepan ancaman sewaktu cuba menahan tiga suspek di Jalan Batu 15 1/4, Dusun Tua, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada pukul 9.30 malam.

Katanya, polis berjaya menahan seorang lelaki dan dua wanita tempatan yang berada di dalam sebuah kenderaan.

“Hasil semakan mendapati suspek lelaki memiliki enam rekod jenayah dan tiga rekod dadah. Seorang suspek wanita pula mempunyai empat rekod jenayah serta 11 rekod narkotik.

“Seorang lagi suspek wanita memiliki enam rekod jenayah dan dua rekod narkotik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pemeriksaan lanjut mendapati kenderaan yang dinaiki suspek menggunakan nombor pendaftaran palsu.

“Polis merampas telefon bimbit dan alat kawalan jauh kenderaan dipercayai mempunyai kaitan dengan kes yang disiasat Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin,” ujarnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh serta menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Bagi kesalahan di bawah Seksyen 307, suspek boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun dan denda, manakala Seksyen 186 pula memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN