fbpx
TANGKAP layar menunjukkan jengkaut digunakan untuk menyelamatkan babi yang hanjut akibat banjir. - AGENSI

Jengkaut jadi ‘penyepit’, selamatkan babi hanyut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BEIJING – Banjir yang melanda wilayah Guangxi, China, menyebabkan beberapa ekor babi milik penduduk hanyut dibawa arus selepas kawasan berkenaan dilanda hujan lebat, lapor laman berita Jawa Pos.

Bagi mengurangkan kerugian penternak, pasukan penyelamat bersama-sama penduduk menggunakan jengkaut untuk mengangkut haiwan ternakan itu  dari dalam air banjir. 

Dengan menggunakan penyepit jengkaut, babi-babi yang dihanyutkan banjir itu diangkat satu demi satu sebelum dipindahkan ke tempat yang lebih selamat.

Aksi menyelamat yang berlaku kelmarin itu menarik perhatian orang ramai yang menyamakan  pergerakan jengkaut dengan  permainan mesin penyepit. 

Guangxi sendiri merupakan salah satu wilayah yang terjejas akibat banjir ekoran cuaca ekstrem yang dicetuskan oleh Taufan Maysak. 

Banjir tersebut telah mengorbankan nyawa manusia, merosakkan infrastruktur serta membawa kerugian kepada penduduk, termasuk kehilangan haiwan ternakan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN