fbpx
Gambar hiasan. JANAAN AI

Ramai sebak masih ada yang tak mampu beli roti RM4.20

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan murni sepasang suami isteri membelikan sebungkus roti coklat berharga RM4.20 kepada seorang kanak-kanak di sebuah pasar raya menyentuh hati pengguna media sosial.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Threads oleh @Dyahhazel, wanita berkenaan menceritakan kejadian sayu yang disaksikannya sendiri semasa keluar membeli-belah bersama suaminya.

Menurutnya, seorang kanak-kanak sekolah rendah teruja mengambil sebungkus roti coklat lalu ditunjukkan kepada ibunya.

“Mak, boleh tak nak roti ni?” tanya kanak-kanak itu kepada ibunya.

“Tak payah, pergi letak balik,” kata si ibu ringkas.

Menurutnya, selepas mendengar jawapan ibunya, kanak-kanak itu akur dan berjalan perlahan meletakkan semula roti berkenaan di rak tanpa sebarang bantahan.

“Mula-mula timbul rasa hairan, takkan roti RM4.20 pun tak mampu nak beli. Tapi bila tengok bakul barangan ibu itu di kaunter bayaran khas Sumbangan Asas Rahmah, hanya ada dua barang asas sahaja.

“Masa itu baru sedar si ibu memang benar-benar berada dalam kesempitan,” katanya dalam video tersebut.

Tersentuh dengan situasi berkenaan, wanita itu bersama suaminya mengambil keputusan untuk membeli roti itu lalu diserahkan kepada kanak-kanak tersebut.

“Masa suami panggil dan serahkan roti, muka adik itu terus berseri-seri dan melompat gembira sebelum berlari tunjuk pada ibunya. Si ibu pula tersenyum sambil memandang kami penuh rasa syukur,” ujarnya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna mengakui turut sebak dengan kisah yang dikongsikan olehnya.

“Kadang-kadang kita rasa duit kita tak cukup, tapi Allah tetap cukupkan segala keperluan. Itulah rezeki. Syabas buat pasangan ini,” puji @Yatqieszaine.

“Tengah rehat, tiba-tiba menangis baca kisah ini. Hilang maco saya,” ujar @Zulki._fly.

“Kebaikan kecil RM4.20 bagi kita, tapi nilai kebahagiaan yang sangat besar buat budak itu,” kata @Aznahabas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN