fbpx
Polis bertindak balas terhadap insiden tembakan di Pusat Islam San Diego di negeri California semalam. - AFP

2 remaja serang masjid, 5 terbunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SANDIEGO, CALIFORNIA – Sekurang-kurangnya lima orang termasuk dua remaja lelaki bersenjata maut dalam insiden tembakan rambang di sebuah masjid di negeri California, lapor akhbar New York Post. 

Insiden berlaku di Pusat Islam San Diego, kejiranan Clairemont semalam. 

Salah seorang mangsa dikenal pasti sebagai pengawal keselamatan masjid yang memainkan peranan penting dalam membantu mengurangkan bilangan korban, kata pegawai polis San Diego pada  sidang akhbar. 

Dua suspek yang masing-masing dipercayai berusia 17 dan 19 tahun itu meninggal dunia akibat luka selepas menembak diri sendiri. 

Beberapa sumber  berkata, mereka melarikan diri dari tempat kejadian dengan menaiki sebuah kereta BMW berwarna putih sebelum ditemui mati di dalam kenderaan itu, dengan tulisan berunsur anti-Islam ditemukan. 

Ucapan kebencian diconteng pada salah satu senjata yang digunakan suspek dalam insiden tembakan tersebut, kata sumber penguatkuasa undang-undang. 

“Salah seorang penembak mengambil senjata api dari rumah ibu bapa mereka dan meninggalkan nota bunuh diri mengandungi mesej perkauman.

“Dua orang dewasa mati ditembak di masjid itu dan tiada kanak-kanak cedera. Biro Siasatan Persekutuan (FBI) sedang menjalankan siasatan,” kata polis.  

“Saya sedar tentang situasi penembak aktif di Pusat Islam San Diego dan menerima maklumat terkini secara berterusan daripada penguatkuasa undang-undang. 

“Pasukan kecemasan berada di tempat kejadian dan berusaha untuk melindungi komuniti serta mengawal kejiranan ini,” kata  Datuk Bandar San Diego, Todd Gloria di platform X. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN