fbpx
TANGKAP layar daripada kamera papan pemuka menunjukkan jet peribadi terhempas di Florida. -Aki Kuusisto/Storyful

Sembilan maut jet peribadi terhempas di Florida

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

FLORIDA – Sekurang-kurangnya sembilan individu maut selepas sebuah jet peribadi bernilai AS$2 juta (RM8.1 juta) terhempas semalam, di kawasan taman rumah bergerak di Florida Selatan, Amerika Syarikat, lapor saluran berita New York Post.

Ketika kejadian, jet jenis Learjet 60 yang membawa sembilan mangsa itu dilaporkan dalam penerbangan dari Austin, Texas menuju ke Lapangan Terbang North Eleuthera di Bahamas.

Menurut Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA), pesawat berkenaan terhempas dalam letupan bebola api gergasi sejurus melanggar kawasan kediaman tersebut.

Portal BocaNewsNow melaporkan, pesawat yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Austin-Bergstrom itu dikesan membelok tajam ke kanan sebelum menjunam laju dari altitud kira-kira 2,400 meter.

Menurut laporan Aviation 24/7, jet terbabit turut melanggar sebatang pokok dan memutuskan talian elektrik berdekatan sebelum menghempap penempatan penduduk sekitar pukul 1 petang (waktu tempatan).

Saksi di lokasi kejadian menyifatkan impak nahas tersebut amat dahsyat dan mengeluarkan bunyi dentuman yang cukup kuat persis ‘peluru berpandu’.

Rakaman kamera papan pemuka dan beberapa klip video tular menunjukkan kawah besar terbentuk di lokasi kejadian bersama bangkai pesawat yang hangus terbakar serta sisa runtuhan rumah bergerak.

Pasukan Penyelamat Kebakaran Palm Beach County mengklasifikasikan tragedi itu sebagai ‘insiden kemalangan jiwa besar-besaran’.

Setakat ini, pihak berkuasa belum mengeluarkan pengesahan rasmi mengenai pecahan jumlah korban, termasuk kemungkinan adanya penduduk di darat yang turut maut atau cedera.

Susulan kejadian itu, Pejabat Syerif Palm Beach County mengarahkan laluan utama di sekitar Greenacres ditutup bagi membolehkan siasatan dan operasi pembersihan dijalankan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN