fbpx
KEADAAN Perodua Alza yang remuk dihempap lori membawa tar dalam kemalangan di Jalan Yong Peng, Batu Pahat, hari ini.

Dua maut tersepit, Alza kena hempap lori bawa tar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BATU PAHAT – Dua maut selepas kereta Perodua Alza dinaiki empat sekeluarga dihempap sebuah lori 10 tan yang membawa muatan tar dalam kemalangan berhampiran Tabika Kemas Kampung Sri Wangi, Jalan Yong Peng, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.24 tengah hari itu, mangsa yang maut ialah pemandu Alza, lelaki berusia 46 tahun dan penumpang wanita berusia 40 tahun.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I, Mohamad Alif Halim berkata, kedua-dua mangsa dilaporkan tersepit di dalam kenderaan yang dinaiki mereka selepas terlibat dalam perlanggaran dengan lori jenis Hino 10 tan.

“Pemandu lori lelaki berusia 30 tahun juga mengalami kecederaan. Turut berada di dalam Perodua Alza tersebut ialah dua kanak-kanak masing-masing berusia lapan dan 11 tahun yang cedera ringan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, mangsa cedera diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan untuk tindakan lanjut, manakala kedua-dua mayat diserahkan kepada pihak polis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN