KEADAAN kereta Mazda yang dinaiki dua beranak (gambar kecil) selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan LTAS - Senai, petang semalam.

Dr. Fatimahtuzarah maut kemalangan bersama ibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KULAI – Dua beranak maut selepas kereta yang dinaiki mereka terbabit kemalangan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) ke Tampoi, di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, nahas pada pukul 2.30 petang itu mengorbankan Dr. Fatimahtuzarah Md. Amin, 30, yang merupakan pemandu kereta jenis Mazda dan ibunya, Rosmani Abdul Ghani, 69.

Menurut beliau, kereta itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik seterusnya memasuki laluan bertentangan dan berlanggar dengan kereta Toyota Vios dipandu lelaki berusia 30 tahun.

“Akibat kejadian itu, pemandu dan penumpang kereta Mazda parah di beberapa bahagian badan sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi berkenaan.

“Pemandu kereta Toyota Vios hanya cedera ringan. Mayat dua beranak itu dihantar ke Hospital Tengku Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai untuk dibedah siasat,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN