BAGI pemilik rumah, pemilihan cat ultra premium yang memberikan perlindungan yang terbaik untuk bahagian dalaman dan luaran adalah amat penting bagi melindungi kediaman mewah anda, di samping mengekalkan keindahan, keselesaan, dan nilai jangka panjangnya.
Di Malaysia, cat dinding dalaman mesti berupaya menahan kotoran, kesan calar, goresan, dan aktiviti harian isi rumah.
Manakala, cat dinding luaran pula berdepan beberapa cabaran yang berbeza, termasuk sinar matahari yang terik, hujan lebat, kelembapan, debu, kulat, alga, serta bahan pencemar udara.
Walaupun warna merupakan bahagian penting dalam mana-mana skema reka bentuk, pemilik rumah juga perlu mempertimbangkan formulasi dan prestasi cat dinding yang dipilih.Â
Cat rumah ultra premium dapat membantu permukaan kekal lebih bersih, mengekalkan kejelasan warna, mengurangkan penyelenggaraan, dan meminimumkan keperluan untuk mengecat semula secara kerap.
Sering kali warna menjadi pertimbangan utama, namun ramuan dan teknologi di dalam cat yang sebenarnya menentukan sejauh mana prestasinya selepas digunakan.

Faktor-faktor ini mempengaruhi ketahanan, kebolehan untuk dibersihkan, rintangan terhadap kotoran, dan perlindungan daripada keadaan persekitaran.
Bagi kediaman mewah, pemilihan cat ultra premium menawarkan faedah yang menjangkaui aspek estetika.Â
Malah, ia membantu menahan kotoran, cela, dan kesan penggunaan harian, melindungi permukaan daripada sinar ultra ungu (UV) dan cuaca ekstrem, mengurangkan kesan kelembapan dan udara lembap.
Selain itu, ia juga mampu mengekalkan kejelasan warna untuk tempoh lebih lama dan meminimumkan keperluan pengecatan semula yang kerap.
Cat rumah yang dipilih dengan baik bukan sekadar menambah baik penampilan, ia juga membantu melindungi kedua-dua permukaan dalaman dan luaran di samping mengekalkan keadaan keseluruhan serta nilai hartanah tersebut.
Untuk itu, Nippon Paint menawarkan Nippon Paint WeatherBond® Ultimate Anti-Dirt untuk tujuan perlindungan luaran kediaman anda.
Nippon Paint WeatherBond® Ultimate Anti-Dirt dicipta untuk perlidungan bahagian luar rumah mewah dan ia berfungsi sebagai rintangan tahan lama terhadap kotoran, kesan calitan atau garisan, sinar UV, cuaca ekstrem, kulat dan lumut.
Sebenarnya, dinding luaran sentiasa terdedah kepada debu pembinaan, ekzos kenderaan, asap berlemak dari gerai makan berdekatan, serta zarah habuk halus yang dibawa oleh udara.
Lama-kelamaan, keadaan ini boleh menjejaskan penampilan dan ketahanan permukaan yang dicat, mahupun pada rumah yang diselenggara dengan baik.

Kesan comot dan pengumpulan kotoran secara beransur-ansur boleh menyebabkan dinding luaran kelihatan kusam, kotor, dan ketinggalan zaman.Â
Apabila kotoran terus terkumpul, ia boleh memerangkap kelembapan pada permukaan, sekali gus menggalakkan pertumbuhan kulat serta alga dan menjadikan dinding kediaman semakin sukar untuk diselenggara.Â
Untuk itu, Nippon Paint WeatherBond® Ultimate Anti-Dirt diformulasikan dengan Teknologi Kuarza dan Teknologi Keep Clean yang menampilkan kuasa lima kali dalam formulasi anti kotoran untuk membantu dinding kekal lebih bersih untuk tempoh yang lebih lama.
Permukaan hidrofiliknya membolehkan air hujan membasuh kotoran secara lebih berkesan sambil melindungi daripada sinar UV, kulat, alga, dan efloresens.
Dengan rintangan kotoran terbaik dalam kelasnya dan perlindungan sehingga 15 tahun, ia membantu mengekalkan bahagian luaran yang lebih bersih dan menarik dengan penyelenggaraan yang minima.Â
Untuk maklumat lanjut mengenai Nippon Paint Weatherbond® Ultimate Anti-Dirt, sila layari https://www.nipponpaint.com.my/weatherbond-exterior-paint/  – KOSMO! ONLINE
















