fbpx
Abdul Hadi menziarahi Tun Mahathir di kediaman bekas Perdana Menteri itu di Seri Kembangan, pagi tadi.

Semoga Tun terus bersabar – Abdul Hadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menziarahi bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di kediaman beliau di Seri Kembangan, hari ini.

Menerusi beberapa gambar dikongsikan di media sosialnya, beliau menziarahi Tun Mahathir bersama Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan serta Ahli Parlimen Bachok, Mohd. Syahir Che Sulaiman.

“Menziarahi Tun Dr. Mahathir di kediamannya pagi ini (tadi). Saya ucapkan kepada Tun dengan satu hadis Nabi Muhammad SAW (yang bermaksud), ‘Sesungguhnya bagi Allah apa yang Dia ambil, bagi Allah jua apa yang Dia berikan, setiap sesuatu mempunyai ajal yang telah ditentukan. Bersabarlah dan harapkanlah pahala’.

“Semoga Tun terus bersabar serta sentiasa mendoakan Tun Hasmah agar beroleh kebaikan berterusan, insya-Allah,” katanya.

Pada 28 September lalu, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali meninggal dunia pada usia 100 tahun.

Jenazah Allahyarham Tun Siti Hasmah kemudian dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20, Putrajaya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN