fbpx
SABALENKA yang dicanang bakal menjuarai Terbuka Perancis kali ini tersingkir di suku akhir selepas tewas berdepan Shnaider awal pagi semalam. - AFP

Sabalenka rebah di Roland Garros

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PARIS – Kejohanan Terbuka Perancis terus menyajikan kejutan apabila pemain No.1 dunia, Aryna Sabalenka tersingkir pada aksi suku akhir selepas tewas kepada Diana Shnaider dalam pertarungan tiga set yang mendebarkan di Roland Garros, kelmarin.

Sabalenka yang dilihat berada di landasan tepat untuk memburu gelaran sulung di Perancis bermula cemerlang sebelum dikejutkan pemain Russia itu 6-3, 5-7, 0-6 dalam keadaan cuaca berangin yang nyata menjejaskan rentak permainannya.

Kekalahan tersebut menyaksikan satu lagi calon pilihan utama tersingkir selepas juara bertahan, Coco Gauff dan juara empat kali, Iga Swiatek terlebih dahulu mengakhiri cabaran lebih awal dalam kejohanan kali ini.

Lebih menarik, buat kali pertama sejak edisi 1977, saingan separuh akhir Grand Slam akan berlangsung tanpa kehadiran mana-mana bekas juara Grand Slam sama ada dalam kategori lelaki atau wanita.

Sabalenka mengakui kekalahan itu memberi tamparan besar buat dirinya sehingga menjejaskan emosi selepas gagal memanfaatkan kelebihan apabila mendahului satu set dan satu break sebelum kehilangan rentak permainan.

“Tiada apa yang bermain di fikiran saya sekarang. Saya rasa seperti mahu berhenti bermain tenis ketika ini. Kita lihat dalam beberapa hari lagi. Harapnya saya dapat kembali pulih dari sudut mental.

“Saya tidak ingat bila kali terakhir saya tewas 10 permainan berturut-turut. Saya rasa secara mental saya terjatuh ke dalam lubang yang sangat gelap dan tidak mampu bangkit semula,” katanya.

Shnaider pula mendedahkan dia mengambil pengajaran daripada kekalahan Sabalenka pada final tahun lalu apabila pemain Belarus itu turut bergelut dengan keadaan berangin ketika tewas kepada Gauff.

“Saya mula lebih percaya kepada diri sendiri dan itu membantu saya untuk terus kekal dalam perlawanan,” ujar Shnaider yang bakal berdepan pemain kelayakan Poland, Maja Chwalinska pada aksi separuh akhir. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN