fbpx
TANGKAP layar menunjukkan polis sedang mengawal rusuhan yang berlaku. - AGENSI

Tewas kepada Sepanyol, rakyat Perancis merusuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PARIS  – Keganasan dan huru-hara sekali lagi tercetus di Perancis berikutan kekalahan pasukan kebangsaan mereka kepada Sepanyol dalam aksi separuh akhir Piala Dunia 2026, lapor agensi berita New York Post.

Kota Paris dan Lyon kedua-duanya dicemari rusuhan, menyaksikan kebakaran berlaku dengan anggota-anggota polis lengkap bersenjata dikerah untuk mengawal keadaan.

Di Lyon, seorang lelaki cedera ditembak ketika perlawanan hampir tamat, menyaksikan Perancis tersingkir di peringkat separuh akhir selepas tewas 2-0 di tangan negara jirannya.

Menurut media Perancis, ActuLyon, dua suspek melarikan diri dari tempat kejadian dengan menaiki sebuah skuter, manakala punca serangan belum dapat dipastikan.

Polis turut melepaskan gas pemedih mata di bandar tersebut dalam usaha untuk menyuraikan  orang ramai, manakala empat individu ditahan kerana membaling objek.

Dianggarkan sekurang-kurangnya 160 tangkapan  dibuat di seluruh negara, dengan beberapa anggota  polis turut diserang.

Sumber  memberitahu BFMTV bahawa kebanyakan tangkapan adalah berkaitan dengan tindakan melepaskan meriam bunga api ke arah anggota penguatkuasa undang-undang dan perkhidmatan kecemasan.

Tiada kecederaan dilaporkan di Paris atau Lyon, dan tiada kerosakan harta benda yang besar direkodkan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN