fbpx
SEPANYOL mengesahkan slot perlawanan akhir Piala Dunia 2026 selepas berjaya membenam cabaran Perancis di separuh akhir awal pagi semalam. - AFP

Piala Dunia 2026: Sepanyol makin hampir lunas impian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DALLAS – Pengendali Sepanyol, Luis De La Fuente melabel pasukannya sebagai pasukan terbaik di dunia sejurus berjaya mengesahkan tempat ke perlawanan akhir Piala Dunia 2026, semalam.

Pada aksi separuh akhir di Stadium Dallas, semalam, La Roja nyata terlalu unggul untuk menyingkirkan bekas juara 2018 dan naib juara edisi 2022, Perancis hasil kemenangan 2-0.

De La Fuente tampil memberikan ‘tabik hormat’ kepada semua pemainnya dan mengakui berbangga kerana mendapat peluang memimpin Sepanyol layak ke final buat kali pertama sejak 2010.

“Adalah sukar untuk menggambarkan perasaan, namun saya tahu ini adalah sesuatu yang menggembirakan. Saya bangga untuk memiliki semua orang daripada anggota pasukan dan sekarang kami ada satu langkah saja lagi untuk dilengkapkan.

“Sudah menjadi tanggungjawab buat kami untuk meraih kejayaan. Ketika kami memulakan tugasan ini empat tahun lalu, idea dan falsafah yang diterapkan sudah pun membawa kami ke tahap ini.

“Pemain saya menjadikan tugas sukar kelihatan senang. Kami menentang pasukan terbaik dunia, tetapi kali ini mereka (Perancis) juga menentang pasukan terbaik di dunia,” katanya yang dilihat sukar untuk mengawal emosi.

Pada perlawanan kami ini, Mikel Oyarzabal terlebih dulu meletakkan La Roja di depan sebelum pemain pertahanan, Pedro Porro meledak jaringan kedua.

Perancis yang menghasilkan 16 gol dalam pertandingan ini tidak mampu untuk menyerlahkan kemampuan sebenar, malah penyerang utamanya, Kylian Mbappe juga berdepan kesukaran untuk merobek gawang Sepanyol.

Di awal pelantikannya pada 2022, Sepanyol tewas kepada Colombia, namun sejak itu De La Fuente berjaya memacu pasukan dengan rekod tanpa kalah.

Lebih menarik, La Roja berjaya membuktikan kebangkitan dan keinginan besar mereka dalam saingan pada edisi kali ini selepas hanya bolis sekali sepanjang kejohanan.

“Pemain berhak untuk mendapatkan semua ini kerana mereka sudah pun menunjukkan komitmen tinggi. Gembira, tenang dan kejayaan ini memberikan ketenangan buat saya, malah sedar dimana kedudukan sebenar pasukan.

“Adalah menjadi kebanggaan untuk bergelar rakyat Sepanyol dan ia juga menjadi satu penghargaan besar buat saya apabila mampu untuk menyatukan seluruh negara,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN