fbpx
PENYERANG Sepanyol, Mikel Oyarzabal (dua dari kiri) meraikan jaringannya pada separuh masa pertama. - AFP

Piala Dunia 2026: Sepanyol rentap ego Perancis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DALLAS – Sepanyol membuktikan Perancis bukan pasukan yang terlalu kebal apabila raih kemenangan 2-0 untuk layak ke final Piala Dunia 2026, hari ini.

Keputusan itu menyekat hajat Les Bleus untuk mara ke perlawanan akhir buat kali ketiga berturut-turut.

Bagi La Roja, ini adalah pentas final sulung sejak 2010 yang menyaksikan mereka bergelar juara buat kali pertama dalam sejarah penyertaan.

Barisan tengah Sepanyol yang diterajui bintang Manchester City, Rodri serta dibantu Fabian Ruiz dan Dani Olmo menjadi nadi utama kepada pasukan apabila mampu menguasai permainan sehingga Perancis gagal menemui rentak.

Terdahulu, Sepanyol memperoleh gol pertama menerusi sepakan penalti pada minit ke-22 yang disempurnakan oleh Mikel Oyarzabal.

Walaupun kedua-dua pasukan dilihat mampu mencipta gerakan berkualiti, tiada tambahan jaringan mampu dihasilkan untuk 45 minit pertama berakhir 1-0.

Tiga belas minit selepas aksi bersambung, La Roja makin selesa dan kali ini giliran pemain pertahanan, Pedro Porro meledak jaringan kedua.

Menanti Sepanyol di final, Ahad ini adalah pemenang satu lagi aksi separuh akhir antara juara bertahan, Argentina dan England. AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN