fbpx
DESCHAMPS menamatkan legasi selama 14 tahun bersama Perancis selepas pasukan itu tersingkir daripada Piala Dunia kali ini. - AFP

Piala Dunia 2026: Zlatan sokong calon ganti Deschamps

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Bekas penyerang sensasi Sweden, Zlatan Ibrahimovic percaya Zinedine Zidane adalah calon paling sesuai untuk mengambil alih tugas sebagai ketua jurulatih Perancis selepas Les Bleus tersingkir pada separuh akhir Piala Dunia 2026.

Kekalahan 0-2 kepada Sepanyol menamatkan impian Didier Deschamps untuk menutup tirai 14 tahun mengendalikan Perancis dengan satu lagi kejuaraan dunia, sekali gus membuka ruang kepada era baharu buat pasukan itu.

Zidane yang sekian lama disebut-sebut sebagai pengganti Deschamps menerima sokongan penuh daripada Zlatan yang menyifatkan bekas pengendali Real Madrid itu memiliki kualiti tepat untuk memimpin skuad Perancis.

“Zidane melakukan tugas yang baik di Real Madrid. Dia memenangi tiga gelaran Liga Juara-Juara. Kita semua tahu dia akan mengambil alih pasukan kebangsaan.

“Saya fikir dia hanya perlu meneruskan apa yang sudah dibina oleh Deschamps. Bukan sukar untuk memilih pemain kerana dia sudah memiliki barisan pemain yang berkualiti.

“Dia hanya perlu membawa cara pengurusannya sendiri kepada pasukan. Saya percaya dia lebih sesuai sebagai seorang pengurus berbanding jurulatih kerana pasukan ini tidak memerlukan jurulatih, sebaliknya memerlukan seorang pengurus,” katanya.

Sepanjang karier kejurulatihannya, Zidane hanya pernah membimbing Real dengan menghadiahkan tiga gelaran Liga Juara-Juara berturut-turut dari 2016 hingga 2018 selain memenangi dua kejuaraan La Liga.

Kepulangan Zidane ke kem kebangsaan dijangka mampu membawa Perancis untuk mencipta kejayaan terbaik pada edisi Piala Dunia akan datang. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN