fbpx
BUKAYO Saka (tengah) cemerlang menjaringkan tiga gol untuk bantu England raih tempat ketiga Piala Dunia 2026. - AFP

Piala Dunia 2026: Pesta gol warnai kejayaan England raih tempat ketiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

MIAMI – England menamatkan kempen Piala Dunia 2026 di tempat ketiga selepas tewaskan Perancis 6-4 pada aksi penentuan di Stadium Miami, hari ini.

Walaupun bukan aksi penentuan juara, kedua-dua pasukan kekal dengan harapan tinggi untuk menamatkan penyertaan kali ini di tempat terbaik.

Walaupun kedua-dua pengendali ambil keputusan tidak menyenaraikan tonggak utama dalam kesebelasan utama, 10 jaringan yang terhasil sudah cukup untuk beri cerita tambahan buat perlawanan ini.

Terdahulu, The Three Lions hanya memerlukan tiga minit untuk berada di depan menerusi rembatan jarak jauh Declan Rice sebelum Ezri Konsa merobek gawang Perancis buat kali kedua, minit ke-18.

Bukayo Saka kemudiannya menyerlahkan kualitinya apabila meledak dua gol dalam tempoh sembilan minit, masing-masing pada minit ke-37 dan masa kecederaan babak pertama.

Tiga minit selepas aksi bersambung, bintang sensasi Le Bleus, Kylian Mbappe memperoleh gol kesembilanya pada edisi kali ini sekali gus mletakkan namanya sebagai pendahulu penjaring gol terbanyak.

Enam minit selepas itu, giliran Bradley Barcola meledak gol kedua Perancis dan minit ke-66, Mbappe sekali lagi menggegar sekali gus menoktahkanya Namanya sebagai penjaring gol terbanyak sepanjang zaman Piala Dunia.

Aksi bertambah menarik apabila Saka melengkapkan hatriknya pada minit ke-87.

Kedua-dua pasukan terus menyerlahkan permainan penuh berkualiti apabila dua gol terhasil dalam masa kecederaan, menyaksikan Ousmane Dembele meledak gol keempat Perancis dan Jude Bellingham melengkapkan jaringan keenam England. AGENSI

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN