fbpx
PEMAIN pertahanan Belanda, Micky Van De Ven berusaha keras menyekat kemaraan pemain Algeria pada aksi awal pagi semalam. - AFP

Piala Dunia: Belanda terima kejutan hebat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ROTTERDAM – Belanda menerima tamparan hebat sebelum berangkat ke Piala Dunia 2026 apabila berdepan kekalahan mengejut 0-1 kepada Algeria pada aksi pemanas badan di Stadium De Kuip awal pagi semalam.

Beraksi di laman sendiri, skuad The Oranje menampilkan corak permainan lebih baik berbanding pasukan lawan, namun kempunan untuk mencipta jaringan biarpun sudah melakukan lima percubaan tepat.

Jurulatih Belanda, Ronald Koeman menyifatkan kekalahan itu sebagai amaran kepada anak-anak buahnya supaya memperbaiki kekurangan yang ada selain menegaskan, mereka tidak sepatutnya tewas.

“Semua orang tahu saya sangat bencikan kekalahan dan kami perlu menang perlawanan seperti ini. Kami tidak sepatutnya kalah, lebih-lebih lagi apabila turun bermain di depan penyokong sendiri.

“Apabila anda tidak menggunakan tempoh 25 minit pertama untuk menjaringkan gol, biasanya ia akan memakan diri. Jika gagal memanfaatkan empat atau lima peluang terhidang, ia akan menjadi masalah untuk pasukan,” katanya.

Sementara itu, beliau juga enggan menekan butang panik walaupun kecewa dengan kekalahan tersebut kerana menganggap ia sebagai cabaran buat pemain-pemain untuk memperbaiki prestasi masing-masing.

“Kalah bukanlah sesuatu yang bagus tetapi kami tidak boleh mudah panik atau tertekan. Kami hanya perlu pastikan ia tidak berlaku lagi selepas ini dan semua pemain perlu bersedia sepenuhnya,” ujar Koeman. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN