fbpx
RONALDO masih belum membuat keputusan mengenai masa depannya bersama pasukan kebangsaan Portugal. - AFP

Piala Dunia 2026: Portugal mahu Ronaldo kekal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LISBON – Pengendali baharu Portugal, Jorge Jesus kekal dengan pendirian yang ketua pasukan, Cristiano Ronaldo bukan beban kepada pasukan kebangsaan negara itu.

Pelantikan Jesus menyaksikan Ronaldo mungkin akan melengkapkan ‘reunion’ dengan mantan pengendali Al-Nassr itu yang turut menyatakan bekas anak buahnya itu kekal dalam perancangannya.

“Selagi dia bermain dan berada pada keadaan yang layak untuk dia dipilih, saya akan memilihnya dimana saya anggap dia adalah yang terbaik dalam pasukan kebangsaan.

“Saya belum lagi bercakap dengannya, namun dia bukannya menjadi masalah buat pasukan kebangsaan dan juga kepada saya. Cris adalah simbol bola sepak Portugal dan namanya akan kekal berada dalam buku sejarah,” katanya.

Terdahulu, Jesus menjadi pilihan untuk mengisi posisi ketua jurulatih bagi menggantikan Roberto Martinez yang buat keputusan berpisah dengan pasukan ekoran kegagalan di pentas Piala Dunia.

Jurulatih berusia 71 tahun itu menandatangani kontrak empat tahun dan akan mengepalai pasukan di Euro 2028 dan Piala Dunia 2030.

Ketika berada di Liga Arab Saudi dan dibawah kendalian Jesus, Ronaldo memiliki purata 0.93 jaringan per perlawanan iaitu menjangkan 28 gol dalam 30 perlawanan.

Portugal yang gagal memenuhi jangkaan sebagai pencabar kejuaraan terpaksa akur tewas 0-1 kepada juara dunia 2010, Sepanyol di pusingan 16. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN