fbpx
Salah sebuah plaza tol di New Zealand.

Tol Malaysia kena tiru cara New Zealand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Rakyat di Lembah Klang memang sudah terbiasa dengan laluan di lebuh raya bertol, paling perit adalah ketika membayarnya.

Jenis bayaran yang selalu digunakan adalah menggunakan kad Touch ‘n Go, Radio Frequency Identification (RFID) serta Smart Tag.

Namun paling menakutkan adalah ketika nilai dalam kad atau sistem bayaran tersebut tidak mencukupi.

Jadi apa yang berlaku mestilah ada yang mengundurkan kenderaan masing-masing sehingga kereta di belakangnya juga terpaksa lakukan benda yang sama.

Ada juga pemandu yang terpaksa turun dari kenderaan dan terpaksa ke pondok lebuh raya untuk menambah nilai kad masing-masing.

Satu perkongsian di Facebook Syed Nabil Syed Ahmad yang berkongsi kaedah bayaran sebuah tol di plaza tol di Tauranga, New Zealand.

Jelasnya di sana, tiada pondok tol, tiada lorong tol, tiada palang, juga tak guna Touch ‘n Go, Smart Tag atau RFID.

“Hanya guna kamera yang tangkap nombor plat kereta. Kamu pandu saja kereta macam biasa ikut jalan itu. Selepas lalu tol, kamu kena bayar secara dalam talian dalam masa lima hari. Kalau lambat bayar, akan didenda.

” Kalau selalu lalu tol pula, kamu boleh buat akaun online. Letak nombor plat kereta dan tambah nilai akaun sendiri siap-siap. Bila lalu sahaja, nanti dia automatik tolak sama Touch ‘n Go e-Wallet itu.

“Cumanya kamu tak adalah debaran bila nak lalu plaza tol itu. Mana tahu ada baki kad tak cukup, bateri Smart Tag habis atau sticker RFID tak boleh dibaca, jadi sangkut dekat tol kena undur balik atau kena keluar kereta pergi tambah nilai di mesin pula,” jelasnya.

Katanya, dengan cara tersebut jalan pun tidak sesak macam nak keluar Plaza Tol Gombak masa nak balik kampung.

“Sekadar pandangan, mungkin PLUS dan konsesi tol di Malaysia boleh tiru dan aplikasikan,” katanya. – K! ONLINE.

POPULAR