PETALING JAYA – Sebuah kenderaan terbalik selepas merempuh sebuah kereta yang diletakkan di bahu jalan, sekali gus menimbulkan persoalan sama ada pemandu itu kurang fokus ketika pemanduan atau mempunyai masalah lain.
Kejadian yang dirakam menerusi televisyen litar tertutup (CCTV) itu menunjukkan sebuah kenderaan sedang bergerak di sebuah kawasan perumahan sebelum merempuh belakang sebuah kereta lain.
Menerusi sebuah hantaran video yang dimuat naik di Threads oleh pengguna M.i.i.u.l_Khindbeliansuran, suasana di lokasi kejadian kecoh apabila beberapa penunggang motosikal dan pemandu lain segera memberhentikan kenderaan mereka.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna memberikan andaian masing-masing dengan kejadian itu.
“Sama ada berpunca daripada penggunaan telefon, kurang peka atau ‘microsleep’, pemandu itu mesti akan lebih berhati-hati masa memandu selepas ini,” kata Royale_Estrella.
“Kasihan kereta yang parkir itu, tak pasal-pasal kena sondol dari belakang,” ujar N_Mohdnazri. – KOSMO! ONLINE
View on Threads














