fbpx
Abdul Hadi (tengah) semasa berucap pada Konvensyen Reset Malaysia di Tapak Ekspo Taman Harmoni, Tanah Merah hari ini. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

Pelantikan semula Hamzah sebagai Ketua Pembangkang melalui musyawarah, akuan bersumpah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TANAH MERAH – Bekas Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainudin dilantik semula sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat melalui musyawarah dan akuan bersumpah (SD).

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan melantik semula Hamzah itu dibuat melalui kedua-dua kaedah itu yang turut melibatkan semua ahli parlimen Perikatan Nasional (PN).

Katanya, selain itu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga Menteri Besar Terengganu dikekalkan sebagai Pengerusi PN.

“Kedua-dua keputusan itu dibuat secara musyawarah termasuk dalam kalangan Ahli Parlimen Pas dan turut mendapat SD daripada ahli-ahli parlimen PN. Semua ahli parlimen PN bersetuju,” katanya pada sidang akhbar selepas Konvensyen Reset Malaysia di Tapak Ekspo Taman Harmoni di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, Ahmad Samsuri menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Pembangkang bermula 17 Mei lalu.

Keputusan tersebut dibuat dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi PN Kali Ke-2 dan pelantikan Ahmad Samsuri yang juga Naib Presiden Pas itu bagi mengisi kekosongan selepas Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin meletakkan jawatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN