fbpx
Gambar hiasan

PRN N. Sembilan: Lebih 91 peratus pengundi awal selesai tanggungjawab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Proses pengundian awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 hari ini berjalan lancar apabila seramai 14,995 pengundi awal atau 91.06 peratus daripada keseluruhan yang layak telah menunaikan tanggungjawab mereka.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya, Datuk Khairul Shahril Idrus berkata, pengundian yang bermula pada pukul 8 pagi itu melibatkan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan pasangan serta anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Seramai 16,467 pengundi awal terdiri daripada anggota tentera dan pasangan serta anggota polis layak mengundi pada PRN kali ini. Sebanyak 38 pusat mengundi awal dibuka di seluruh Negeri Sembilan bagi melancarkan proses pengundian.

“Daripada jumlah itu, 18 pusat mengundi ditutup pada pukul 12 tengah hari, dua lagi pada pukul 2 petang, manakala baki 18 pusat mengundi menamatkan operasi pada pukul 5 petang.

“Keseluruhan proses pengundian berlangsung dalam keadaan terkawal dengan perjalanan proses demokrasi berjalan lancar mengikut jadual yang ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN