fbpx
Ahmad Zahid ketika sidang media selepas Majlis Perasmian Konvensyen Pekebun Kecil RISDA Peringkat Zon Tengah 2026 di Seremban hari ini. Foto oleh NOR AINNA HAMZAH / KOSMO!

8 menteri BN sedia bantu N9 jika dapat mandat Sabtu ini 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Barisan Nasional (BN) memberi jaminan bahawa kesemua lapan menteri daripada gabungan itu di peringkat Persekutuan akan berganding bahu membantu Negeri Sembilan sekiranya rakyat memberikan mandat kepada BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16, Sabtu ini.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, komitmen itu penting bagi memastikan segala perancangan pembangunan yang dijanjikan kepada rakyat dapat direalisasikan dengan lebih berkesan.

“Kami menteri menteri BN, lapan orang semuanya akan membantu Negeri Sembilan jika rakyat memberikan kejayaan semula kepada calon-calon yang telah kami hidangkan. Sebagai mana yang dinyatakan oleh Setiausaha Agong Umno kita mempunyai 10 orang calon dan kita akan kemukakan yang terbaik ‘when we cross the bridge’,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Konvensyen Pekebun Kecil RISDA Peringkat Zon Tengah 2026, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut mengucapkan tahniah kepada pengundi awal selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan kadar keluar mengundi melebihi 88 peratus.

Katanya, peratusan tinggi itu mencerminkan kematangan demokrasi dan berharap momentum sama dapat diteruskan pada hari pengundian, Sabtu ini.

“Jika trend ini berterusan pada 1 Ogos nanti, ia merupakan perkembangan yang sangat baik untuk demokrasi negara,” katanya.

Mengulas ramalan beberapa penganalisis politik yang menjangkakan BN mampu mencatat keputusan memberangsangkan, Ahmad Zahid menegaskan gabungan itu tetap menganggap diri mereka sebagai ‘underdog’. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN