fbpx
Ayob Khan ketika memeriksa perbarisan ketika Upacara Perbarisan Paluan Berundur, di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur, hari ini. Foto: SHIDDIEQIIN ZON/KOSMO!

Ayob Khan tiada hasrat sertai politik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menegaskan beliau tidak mempunyai hasrat untuk menceburi bidang politik selepas menamatkan perkhidmatan dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ayob Khan berkata, bidang politik sewajarnya diserahkan kepada golongan politik kerana peranannya sepanjang kerjaya adalah sebagai penguat kuasa undang-undang.

“Politik serah kepada orang politik. Saya katakan tadi, saya bukan orator, saya bukan ahli politik,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Negara di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Menurut Ayob Khan, tugas seorang pegawai polis adalah memastikan undang-undang ditegakkan berdasarkan fakta tanpa dipengaruhi kepentingan tertentu.

“Saya adalah pegawai polis, penguat kuasa undang-undang. Kalau A cakap saya, A lah saya buat,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ayob Khan turut menyuarakan pandangan supaya struktur penjawatan tertinggi PDRM dikaji semula bagi memastikan kedudukan kepimpinan pasukan lebih selari dengan tanggungjawab serta beban tugas yang dipikul.

Beliau berkata, ia berikutan kedudukan Timbalan Ketua Polis Negara ketika ini tidak sepadan dengan peranan yang dimainkan.

“Saya kata perlu ada pembetulan balik, disusun balik. Ada sedikit kekhilafan ataupun ketidakteraturan struktur PDRM,” jelasnya.

Menurut beliau, jawatan Ketua Polis Negara kini berada pada Turus 2, manakala timbalan pada Jusa A dan sepatutnya dipertimbangkan untuk dinaikkan ke Turus 3.

Katanya, pengarah-pengarah jabatan pula boleh diletakkan pada kedudukan Jusa A, manakala Ketua Polis Kontinjen pada Jusa B. –

“Inj bukan untuk saya, saya nak pencen, tapi untuk yang akan datang. Kerajaan perlu memberi perhatian khusus,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN