fbpx
Hantaran gambar oleh pengguna di Threads berkenaan gangguan LRT laluan Kelana Jaya yang menyebabkan kesesakan pagi ini. - Kredit @Sharifahnadiera_ dan @s.a.harith.

‘LRT buat hal dah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya sekali lagi mengalami gangguan operasi sehingga menyebabkan kesesakan, sekali gus mencetuskan kemarahan orang ramai yang mahu ke tempat kerja, pagi ini.

Gangguan perkhidmatan pada waktu puncak ini dipercayai berpunca daripada sebuah tren yang perlu dikeluarkan untuk pemeriksaan lanjut.

Menerusi beberapa hantaran di aplikasi Threads, ramai pengguna kecewa apabila tren tidak membuka pintu di beberapa stesen utama termasuk di Stesen Dato’ Keramat dan Damai.

“ Pintu LRT tak buka dekat Dato’ Keramat dan Damai. Bersedia nak masuk lambat pejabat hari ini,” kata pengguna @_z4na14.

“LRT buat hal dah, dari Dato Keramat tren berhenti lama dan pintu tak buka. Ini dekat stesen Damai pun sama,” kata pengguna @Qasehlaylaahmad.

Situasi bertambah buruk apabila ada pengguna mendakwa menunggu sehingga tiga buah tren lalu, namun tiada satu pun yang berhenti untuk menuju ke arah Gombak.

“Dah tiga tren lalu ke Gombak, tapi tiada yang datang dari Gombak lagi . Asyik tunjuk akan sampai sahaja, tapi tak sampai-sampai,” ujarnya.

Dalam pada itu, pihak RapidKL menerusi hantaran komen di Facebook berkata, pihak operasi kini sedang menyelaraskan semula kekerapan tren bagi mengurangkan kesesakan di stesen yang terkesan.

Rata-rata pengguna menggesa pihak terlibat untuk lebih proaktif bagi menyelesaikan isu yang berulang kali terjadi ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN