PETALING JAYA – Kejadian banjir kilat berlaku secara tiba-tiba di kawasan parkir terbuka Ibu Pejabat Amway di sini, hari ini, dengan paras air meningkat dalam tempoh kira-kira lima minit.
Situasi cemas itu menyebabkan beberapa kenderaan tidak sempat dipindahkan.
“Kereta-kereta ini tidak sempat dipindahkan,” menurut kapsyen perkongsian satu video yang tular.
Difahamkan, paras air turut mencecah sehingga ke lutut, memaksa orang ramai mengharungi banjir untuk menyelamatkan diri serta barangan masing-masing. – KOSMO! ONLINE














