fbpx
Gambar hiasan.

Betul ke yang ‘single’ sekarang, jodoh baru lahir?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Jodoh lambat sebab pasangan kita masih bayi lagi.”

Itu antara gurauan yang kini tular di media sosial apabila semakin ramai golongan bujang berusia lewat 20-an hingga 40-an masih belum bertemu pasangan hidup.

Trend tersebut mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, khususnya mereka yang sudah melepasi usia 30 tahun namun masih belum berkahwin.

Rata-rata mengakui tekanan sosial semakin dirasai, namun dalam masa sama cuba berjenaka bagi meredakan persoalan yang sering diajukan keluarga dan rakan-rakan.

“Kalau ikut teori TikTok, mungkin jodoh aku sekarang baru darjah satu,” seloroh Asyikin Izhar.

Seorang lagi penggua, Aya pula berkongsi, dia kini berusia 34 tahun dan masih belum bertemu pasangan yang sesuai walaupun sudah beberapa kali mencuba aplikasi janji temu.

“Ada yang kenal tapi tak jadi. Ada yang serius tapi tak serasi. Sampai satu tahap, kita reda saja. Kalau sekarang ramai lelaki 20-an kahwin pasangan 45 tahun dan ke atas, rasanya bakal imamku baru belajar sebut papa, mama,” selorohnya.

“Saya 42, jodoh belum mari. Tapi bila lihat ramai bertemu jodoh dengan suami muda, tak apa bang… sayang nantikan abang selesai dulu SPM (Sijil Pelajaran Malaysia), nanti sayang ajar abang cari duit, kita kahwin ya,” kata June. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN