fbpx
Bunyi hon bukan tanda marah, sebaliknya amaran pemandu lain untuk mengelakkan daripada berlaku kemalangan. – GAMBAR HIASAN

Luahan Pembaca: Tak boleh kena hon, terus naik angin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SAUDARA PENGARANG,

Saya kerap berhadapan dengan pemandu yang cepat naik angin apabila kita membunyikan hon kepada mereka.

Bunyi hon yang sepatutnya menjadi isyarat amaran atau supaya lebih berhati-hati, kini dianggap seperti satu cabaran untuk bergaduh.

Ada yang terus menekan brek secara mengejut, menjeling tajam, malah ada yang sanggup turun kenderaan hanya kerana tidak tahan dengan bunyi hon.

Apabila emosi menguasai, fokus pemanduan hilang. Pemandu mula mengejar, memotong secara berbahaya atau sengaja memperlahankan kenderaan.

Dalam kebanyakan situasi, hon digunakan apabila pemandu tidak sedar lampu sudah hijau, menukar lorong secara mengejut atau hampir melanggar kenderaan lain. Ia satu refleks untuk mengelakkan kemalangan.

Budaya ‘tak boleh kena hon’ mencerminkan tahap toleransi yang semakin rendah. Jalan raya akan jadi lebih selamat jika kita semua lebih matang.

Anggap sahaja hon sebagai teguran, bukan provokasi. Tarik nafas, teruskan perjalanan dan jangan ambil hati. Sedikit toleransi boleh mengelakkan banyak perkara buruk daripada berlaku.

Halim
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN