fbpx
Tangkap layar video yang dikongsikan oleh Shafiq_Abdullah1 memaparkan sebuah kereta membawa papan secara melintang di jalan raya.

‘Papan terkeluar kiri kanan kereta, bahayalah bang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang pemandu tidak bertanggungjawab apabila membawa muatan papan secara melintang sehingga terkeluar dari tingkap kenderaannya.

Menerusi video yang dimuat naik di Threads oleh Shafiq_Abdullah1, perbuatan tersebut boleh mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya lain terutama penunggang motosikal.

“Papan terkeluar kiri kanan kereta, bahayalah bang! Nak tegur depan-depan (bersemuka) tak berani sebab kawasan Klang. Faham-fahamlah,” katanya.

Rata-rata pengguna media sosial turut meluahkan rasa kurang senang dengan perbuatan pemandu kenderaan tersebut.

“Pemandu kereta dekat Malaysia memang terpaling entitled (berhak). Jenis tak boleh hon dan tak boleh ditegur,” kata seorang netizen.

“Lapor dalam aplikasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). (Perbuatan) Ini membahayakan orang lain,” cadang Afiq0007.

Selain itu, pengguna turut dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan dan tidak mementingkan diri sendiri ketika berada di jalan raya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN