fbpx
RONALDO (tengah) meraikan jaringan kemenangan United penuh dramatik ketika menewaskan Atalanta 3-2 pada aksi Liga Juara-Juara di Stadium Olf Trafford awal pagi semalam. – AGENSI

Ronaldo wira julang kemenangan United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer dilihat mula hilang sabar dengan kritikan peminatnya terhadap bintang Portugal, Cristiano Ro­naldo selepas pasukan itu bergelut untuk mengatasi Atalanta semalam.

Bagaimanapun, pada perlawanan itu Ronaldo diangkat sebagai wira selepas membantu Red De­vils bangkit meraih kemenangan 3-2 selepas terancam dengan ke­tinggalan 0-2 pada babak pertama di Old Trafford.

Justeru, Solskjaer menegas­kan kemenangan dicapai pasu­kannya pada saingan Liga Juara-Juara menunjukan betapa hebatnya Ronaldo membantu United mengutip tiga mata pen­ting pada perlawanan tersebut.

“Jika ada yang ingin mengkritik Ronaldo kerana usahanya sila lihat aksi hari ini (semalam). Dia sangat cemerlang ketika menge­tuai barisan serangan dan terus memberi tekanan di depan.

“Dai melakukan semua yang harus dilakukan penyerang te­ngah dan bertahan cukup baik. Jaringan tersebut adalah yang terbaik dan memastikan kemenangan buat United,” katanya.

Pada saingan itu, dua gol Atalanta menerusi jaringan cantik, Mario Pasalic dan pertahanan Turki, Merih Demiral membuatkan Manchester United tertekan dengan keadaan tersebut.

Tersentak dengan keadaan itu, United mula mengatur ren­tak dan Marcus Rashford berjaya merapatkan kedudukan pada minit ke-53 dan Harry Maguire menyamakan kedudukan pada minit ke-75.

Ronaldo diangkat sebagai wira selepas berjaya menanduk ma­suk hantaran lintang Luke Shaw ketika perlawanan hanya berbaki sembilan minit sebelum tamat.
Hasil keputusan tersebut, United terus selesa mendahului Kumpulan F dengan kelebihan dua mata di depan Atalanta dan juga Villarreal. –AGENSI

POPULAR

BERITA BERKAITAN