fbpx
RONALDO dilihat sebagai liabiliti kepada Portugal pada kempen kali ini selepas pasukan itu gagal melangkah jauh. - AFP

Piala Dunia 2026: Ronaldo, Neymar perlu terima hakikat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEW YORK – Legenda bola sepak Brazil, Ronaldo Nazario menyifatkan era Cristiano Ronaldo dan Neymar sudah semakin hampir ke penghujung selepas aksi hambar dipamerkan pada saingan Piala Dunia 2026.

Kedua-dua bintang itu mempamerkan aksi cukup mengecewakan pada kempen Piala Dunia kali ini, terutamanya selepas Portugal dan Brazil masing-masing tersingkir awal pada pusingan 16 terbaik.

Justeru, Ronaldo Nazario berharap Cristiano Ronaldo dan Neymar dapat muhasabah diri selain menerima hakikat bahawa saingan Piala Dunia sudah tidak sepadan dengan kemampuan yang mereka miliki.

“Pada akhirnya, badan setiap pemain akan memberikan isyarat jelas bahawa mereka tidak mampu untuk terus bermain di pentas tertinggi. Saya fikir Neymar dan Cristiano sudah sampai tahap di mana mereka perlu menerima hakikat itu.

“Mungkin Cristiano masih memiliki kemampuan untuk bermain dengan baik dalam liga di Arab Saudi, tetapi saingan Piala Dunia satu cerita berbeza. Memang kami cintakan bola sepak, tetapi kadang-kadang keputusan perlu dibuat,” katanya.

Ronaldo Nazario menjelaskan, beliau menjadikan situasi yang dihadapinya sebelum ini sebagai contoh terbaik di mana beliau mengalami pelbagai kecederaan sehingga menjejaskan prestasi di atas padang.

Sebelum ini, Ronaldo mengesahkan edisi 2026 sebagai penampilan terakhirnya di Piala Dunia, namun pelantikan Jorge Jesus sebagai jurulatih baharu Portugal mungkin mampu mengubah keputusan tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN