NEW YORK – Penantian 26 tahun Sepanyol untuk bergelar juara dunia berakhir selepas berjaya kalahkan juara bertahan, Argentina pada aksi final Piala Dunia 2026 di Stadium New Jersey, sebentar tadi.
Jaringan tunggal Ferran Torres pada masa tambahan sudah cukup untuk mengesahkan kejuaraan kedua buat La Roja sekali gus menafikan hajat Argentina untuk muncul negara ketiga yang berjaya pertahankan kejuaraan.
Walaupun tidak mampu menamatkan aksi dalam tempoh 90 minit, statistik perlawanan terbukti Sepanyol menjadi pasukan yang lebih baik apabila merekodkan 20 percubaan berbanding hanya dua buat Argentina.
Walaupun hadir dengan reputasi besar dan diketuai oleh Lionel Messi, Argentina dilihat tidak mampu untuk menyaingi La Roja selepas gagal mencipta sebarang percubaan tepat ke gawang lawan.
Penyerang Barcelona, Torres, menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-106 untuk melengkapkan persembahan dominan Sepanyol ke atas Argentina.
Terdahulu, Argentina terpaksa mengharungi masa tambahan dengan 10 pemain selepas Enzo Fernandez dilayangkan kad merah kerana melakukan terjahan keras ke atas Pau Cubarsi. – AGENSI














