PETALING JAYA – Aksi bersahaja penstrim terkenal, IShowSpeed yang melakukan lompatan kuak lentang (backflip) sebaik sahaja bertemu dengan kumpulan K-Pop popular, BTS mencuri perhatian pengguna media sosial.
Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads oleh Taukah_qm memaparkan keterujaan Speed yang tidak dapat menyembunyikan rasa gembiranya sehingga melakukan aksi tersebut.
“Seronok tengok momen Speed jumpa kumpulan K-Pop, BTS. Dia punya teruja sampai tiba-tiba buat ‘backflip’, ahli kumpulan BTS pun nampak terhibur sama,” katanya pada hantaran tersebut.
Detik pertemuan tersebut turut memperlihatkan suasana mesra apabila Speed dan ahli kumpulan BTS saling berpelukan antara satu sama lain, sekali gus membuktikan kedua-dua pihak amat gembira dengan pertemuan berkenaan.
Menerusi ruangan komen, pengguna Rzkyprmtaa_ meluahkan rasa seronok apabila dapat menyaksikan detik pertemuan antara kedua-dua nama besar tersebut.
“Speed teruja jumpa BTS, BTS pun teruja jumpa Speed. Saya pula yang seronok tengok video ni sebab kelakar sangat,” ujarnya.
Bagi seorang lagi pengguna, Taufanridhoaditomo, dia kagum dengan kebolehan Speed melakukan aksi backflip itu walaupun dalam ruang yang agak terhad.
“Aksi backflip Speed memang terbaik. Dalam laluan yang sempit macam itu pun dia masih boleh buat tanpa melanggar sesiapa,” katanya.
Dalam pada itu, pengguna Playingredguitar turut mengakui kandungan yang dihasilkan oleh penstrim berkenaan sering kali mencuit hati penonton.
“Saya bukan peminat Speed, tapi kalau tengok kandungan dan meme fasal dia memang boleh buat ketawa,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE
View on Threads














