fbpx

Latif, Liek Hou selamat tiba di KLIA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Latif dan Liek Hou mempamerkan pingat emas yang dimenangi mereka dari Paralimpik Tokyo 2020 sebaik tiba di KLIA hari ini . - FOTO: FAISOL MUSTAFA

SEPANG – Pemenang pingat emas kedua dan ketiga negara, Cheach Liek Hou dan Abdul Latif Romly selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang, sebentar tadi.

Turut sama pulang atlet para olahraga, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi, Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) merangkap Chef de Mission (CDM) delegasi Malaysia ke Paralimpik Tokyo 2020, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin, Ketua Setiausaha KBS, Datuk M Noor Azman Taib.

Kesemua mereka selamat tiba dengan menaiki pesawat MH71 dari Narita, Jepun kira-kira pukul 5.45 petang.

Kepulangan wira paralimpik negara itu disambut Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ti Lian Ker serta Ketua Pengarah, Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi.

Ahmad Faizal berkata, kemenangan yang dikecapi sekali lagi telah membawa penyatuan dan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang agama, bangsa dan fahaman politik.

Menurutnya, melalui emas yang disumbangkan itu juga ia merupakan hadiah kepada negara sempena Hari Malaysia yang bakal disambut pada 16 September depan.

Beliau turut menyatakan bahawa selepas Paralimpik 2020 Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan meneruskan program pembangunan sukan khususnya dalam menggilap bakat-bakat baharu bagi mewakili negara ke kejohanan peringkat antarabangsa termasuk Sukan Olimpik Paris 2024 dan Sukan paralimpik 2024.

“KBS yakin Program Podium, Pelapis dan program-program lain lagi akan dapat menonjolkan bakat baharu sukan dalam jangka masa lima tahun akan datang,” katanya.

Pencapaian atlet paralimpik negara di Temasya Sukan Paralimpik 2020 adalah amat membanggakan apabila membawa pulang tigapingat emas dan dua pingat perak di mana ianya telah menjangkaui sasaran tiga pingat emas yang telah ditetapkan MPM dan KBS.

Pencapaian berkenaan sekali gus mencatat sejarah baharu apabila mengatasi pencapaian atlet paralimpik di Sukan Paralimpik Rio 2016 di mana atlet negara membawa pulang tiga pingat emas dan satu gangsa.

Pada temasya sukan berprestij berkenaan, Malaysia telah memperoleh pingat daripada empat jenis sukan iaitu olahraga, badminton, boccia dan powerlifting.

Manakala hanya sukan olahraga telah menyumbang kepada pungutan pingat di Sukan Paralimpik Rio 2016. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI