fbpx
KEADAAN Muhammad Ampi Daniel sebelum terlibat kemalangan (kanan) dan dirinya yang terkini berkerusi roda selepas kehilangan kedua-dua kaki akibat dilanggar lori pada 8 Oktober 2023.

Dua kaki hilang, semangat atlet tetap utuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Dilahirkan sempurna fizikal, namun pada usia 16 tahun, seorang pemuda berdepan ujian kehilangan ke­dua-dua kakinya akibat kemala­ngan sekali gus mengubah kehidupannya.

Takdir menimpa Muhammad Ampi Daniel Muhammad Hafizi, 19, tidak pernah dijadikan sebagai penghalang meneruskan semangat dan mengejar cita-cita sebagai atlet sukan para mewa­kili Selangor seterusnya Malaysia pada masa akan datang dalam acara melempar cakera dan merejam lembing.

Anak kedua daripada lima beradik itu berkata, sejak di tingkatan tiga, dia aktif dalam acara sukan tersebut serta mewakili sekolahnya ke peringkat daerah.

“Semasa dirawat di wad hospital selepas kemalangan dan hilang dua kaki, jurulatih melawat saya dan terangkan berkenaan sukan olahraga ini boleh diteruskan lagi biarpun berstatus OKU (orang kurang upaya).

“Alhamdulillah, sekarang saya sedang bermain mewakili Sela­ngor untuk sukan para,” katanya.

Ujarnya, dia bakal me­nyertai sirkit Julai ini bagi menilai kelayakan sebelum melayakkan penyertaan ke Sukan Para Malaysia (Para Sukma) pada September ini dihoskan negeri Selangor.

“Fokus saya kini dalam bidang sukan selain latihan untuk kaki palsu. Saya sasarkan masuk ke Para Sukma. Jika ada rezeki, insya-Allah mahu mewakili Malaysia,” kata­nya.

Mengimbas tragedi pada 8 Oktober 2023 hingga kehilangan kedua-dua kakinya, pemuda itu berkata, kejadian berlaku sewaktu menunggang motosikal dalam perjalanan pulang dari membeli barangan di kedai perkakasan.

Katanya, dia dilanggar sebuah lori dengan lokasi kejadian hanya dua kilometer dari rumahnya di kuarters Markas Operasi Gerakan Marin Polis Pulau Indah.

“Saya dalam keadaan sedar cuba bangun untuk tengok motosikal dan nampak kaki hancur.

“Kebiasaannya mereka yang mengalami kes seperti saya akan pengsan, tapi saya sedar, normal dan nampak sekeliling.

“Saya ambil telefon dan hubungi ayah, beritahu kemalangan dan kaki hancur. Ayah macam tak percaya. Dia datang dan terus menangis. Seumur hidup tak pernah nampak ayah menangis, itu pertama kali,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN