PETALING JAYA – Kegirangan jutaan penyokong Piala Dunia 2026 untuk menyaksikan perlawanan antara Perancis dan Senegal melalui RTMKlik terbantut selepas berlaku masalah teknikal pagi ini.
Melalui pemerhatian Kosmo! mendapati setakat pukul 3.30 pagi tadi di RTMKlik, perlawanan tersebut tidak dapat diakses seperti biasa serta hanya tertera perkataan ‘Tiada Sorotan’ serta ‘Error HTTP 503’ berikutan masalah teknikal.
Beberapa peminat membanjiri Facebook RTMKlik dengan menyatakan kekesalan mereka tidak dapat menonton perlawanan yang dianggap antara dinanti-nanti pada siri Piala Dunia kali ini.
Pemerhatian di aplikasi RTMKlik juga mendapati rancangan lain seperti TV1, TV2, Okey dan beberapa rancangan lain turut tidak dapat diakses.
Bagaimanapun, perlawanan tersebut kembali boleh ditonton melalui aplikasi RTMKlik bermula pukul 3.40 pagi. – KOSMO! Online














