fbpx
Pasukan bola sepak Cape Verde.

Ramai harap Cape Verde lakar kejutan tumbangkan Argentina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Menjelang aksi pusingan 32 terbaik Piala Dunia 2026, ramai peminat bola sepak di media sosial berharap Cape Verde mampu mencipta sensasi dengan menyingkirkan juara bertahan, Argentina.

Perbualan mengenai perlawanan itu semakin hangat selepas bomoh terkenal Ghana, Nana Kwaku Bonsam meramalkan Cape Verde akan mengejutkan Argentina, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan penyokong.

Menerusi satu hantaran di laman Threads, @_Zemrs berkata, dia tidak sabar menantikan perlawanan itu dan berharap Cape Verde mampu melakar keputusan di luar jangkaan.

“Perlawanan ini memang yang paling saya nantikan. Saya berharap Cape Verde mampu mencipta kejutan dengan menewaskan Argentina,” ujarnya.

Seorang pengguna @Remykembali.flasheriv23 pula mengakui walaupun dia merupakan penyokong Argentina, dia tetap berharap Cape Verde muncul sebagai pemenang kerana kagum dengan prestasi penjaga gol pasukan itu.

“Saya penyokong Argentina, namun berharap Cape Verde menang kerana penjaga gol mereka mempamerkan aksi yang cukup cemerlang,” katanya.

Sementara itu, pengguna @Efbique berkata, kemenangan Cape Verde akan menjadikan saingan Piala Dunia lebih menarik, namun mengakui Argentina masih memiliki kelebihan dari aspek kualiti pasukan.

“Jauh di sudut hati, saya berharap Cape Verde mampu mencipta kejutan yang akan menambah warna-warni Piala Dunia. Namun, berdasarkan kualiti dimiliki, Argentina masih wajar meneruskan kemaraan,” katanya.

Terdahulu, bomoh terkenal Ghana, Nana Kwaku Bonsam mencuri perhatian apabila meramalkan Cape Verde akan menyingkirkan Argentina pada pusingan 32 terbaik Piala Dunia 2026. Ramalan berani itu pantas tular dan menjadi topik perbincangan hangat dalam kalangan peminat bola sepak di media sosial. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN