fbpx

TNB Genco, Allo sumbang pek makanan di PPV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anak syarikat TNB, TNB Genco dan Allo menyumbang makanan bagi petugas barisan hadapan di tiga buah PPV sekitar ibu negara.

PETALING JAYA – TNB Power Generation Sdn. Bhd. (TNB Genco) dan Allo Technology Sdn. Bhd. (Allo) yang merupakan anak syarikat milik penuh Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyumbang pek makanan di tiga buah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di sekitar ibu negara baru-baru ini.

TNB dalam satu kenyataan berkata, ia merupakan salah satu inisiatif tanggungjawab sosial korporat bagi menghargai jasa dan pengorbanan petugas barisan hadapan di PPV.

“TNB Genco telah menyerahkan 150 pek makanan di PPV Universiti Malaya pada 9 Julai lalu dan 420 pek di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) pada 14 Julai tahun ini.

“Sementara Allo Technology pula telah menyampaikan 80 pek makanan di PPV Stadium Nasional Bukit Jalil pada 16 Julai lalu,” katanya di sini hari ini.

Tambah kenyataan tersebut, inisiatif terbabit juga merupakan sebahagian usaha TNB bagi menyokong Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

“Ia juga bertujuan menjayakan Pelan Pemulihan Negara di bawah aspek menyelamatkan nyawa.

“PPV Universiti Malaya menerima 3,000 penerima vaksin sehari manakala PPV di MITEC dan Stadium Nasional Bukit Jalil menerima 10,000 orang dalam sehari,” jelasnya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI