fbpx

Keputusan solat Aidiladha di Selangor diketahui esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zawawi ( atas ) ketika menyampaikan sumbangan pek keperluan dapur kepada penduduk Taman Sri Andalas, Klang. FOTO: ZULFADHLI ZAKI

KLANG – Keputusan sama ada membenarkan orang awam menunaikan solat sunat Aidiladha di masjid dan surau di seluruh Selangor akan diketahui esok.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal, Mohd. Zawawi Ahmad Mughni berkata, pihaknya mengambil pelbagai faktor dan situasi terkini sebelum membuat keputusan tersebut.

“Solat untuk Aidiladha, esok kita akan keluarkan. Mungkin akan kekal solat dirumah masing-masing,” katanya selepas menyampaikan sumbangan pek keperluan dapur kepada penduduk Taman Sri Andalas, di sini, hari ini.

Menurut beliau, kerajaan negeri masih lagi kekal dengan keputusan untuk membenarkan ibadah korban dijalankan dengan SOP yang telah ditetapkan sebelum ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI