fbpx

Zarco mahu jinakkan jentera di selekoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZARCO percaya dia perlu lebih memahami karakter jentera Ducati terutama di selekoh untuk menambah kepantasan. – AFP

DOHA – Pelumba Pramac Ra­cing, Johann Zarco mengakui peluangnya untuk muncul juara di Qatar tetap ada, namun perkara utama yang perlu dilakukan ketika ini adalah menjinakkan jentera Ducati Desmosedici terlebih dahulu terutama ketika mengambil selekoh.

Pada aksi pembukaan Grand Prix (GP) Qatar minggu lalu, pelumba Perancis itu melakukan kejutan apabila memecahkan rekod kelajuan litar berkenaan dengan mencapai kelajuan 362.4 kilometer sejam (km/h) pada aksi kelayakan.

Zarco mendedahkan sekiranya dia berjaya mengatasi masalah di selekoh peluangnya untuk menjuarai perlumbaan setiap pusingan perlumbaan MotoGP musim ini terbuka.

“Saya tidak perlu menambah kekuatan jentera. Pada baki enam pusingan terakhir ketika Vinales memberi tekanan, saya perlu bertindak balas untuk mengekalkan kedudukan. Saya faham masalah yang sedang saya hadapi ketika itu.

“Ketika ini saya hanya perlu cepat memahami karakter jentera terutama ketika mengambil selekoh. Jika dapat me­ngatasi masalah itu, saya yakin akan terdapat peningkatan yang besar selepas ini,” kata Zarco.

Dalam pada itu, Zarco yakin Ducati akan melakukan kejutan di Litar Antarabangsa Losail sekali lagi.

“Secara keseluruhan saya berpuas hati dengan kerjasama pasukan dan saya harap minggu ini kami sekali lagi memperoleh keputusan yang lebih baik berbanding perlumbaan pertama,” ujarnya yang menamatkan saingan di tempat kedua pada GP Qatar. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI