YAMAHA membuat keputusan untuk tidak menyertai GP Qatar dengan alasan konflik peperangan di rantau Asia Barat menjadi ancaman. - FB YAMAHA MOTOGP

MotoGP: Yamaha mungkin terlepas hukuman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Pasukan Yamaha tidak akan dikenakan sebarang hukuman perlumbaan dan hanya berdepan kemungkinan denda kewangan susulan keputusan tidak beraksi pada Grand Prix (GP) Qatar, minggu lalu.

Presiden Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM), Jorge Viegas mengesahkan perkara itu meskipun promoter kejuaraan sebelum ini Dorna memberi amaran bahawa pengeluar dari Jepun itu boleh dikenakan tindakan disiplin dan penalti kewangan.

Menurut Viegas, FIM tidak mempunyai peruntukan dalam kod tatatertib sedia ada untuk mengenakan hukuman perlumbaan terhadap pelumba yang gagal hadir pada sesuatu pusingan.

“Kenyataan Dorna itu, bukannya daripada FIM adalah tidak tepat kerana menyatakan hukuman perlumbaan boleh dikenakan sedangkan perkara itu tidak mungkin berlaku.

“Buat masa ini, FIM tidak mempunyai hukuman sedemikian terhadap pelumba yang tidak hadir ke perlumbaan. Mungkin kami akan mengubah peraturan pada masa depan, tetapi setakat ini tiada peruntukan berkenaan,” katanya.

Mengulas lanjut, Viegas menjelaskan tindakan disiplin perlumbaan tidak boleh dikenakan kerana perkara berkenaan hanya tertakluk kepada kontrak komersial antara Dorna dan pengeluar.

“Satu-satunya hukuman yang diperuntukkan adalah berdasarkan kontrak antara Dorna dan pengeluar. Mengikut perjanjian itu, setiap pengeluar dan pasukan wajib menurunkan dua pelumba pada setiap perlumbaan. Jika gagal, mereka perlu menyediakan pelumba gantian.

“Namun, ia adalah kontrak komersial. FIM bukan pihak dalam perjanjian itu dan tiada peruntukan dalam kod tatatertib kami yang membenarkan hukuman dikenakan sekiranya seseorang pelumba tidak hadir,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN