fbpx

Kuasa dinamik Kia Seltos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUV kompak ini berukuran panjang keseluruhan 4,315mm.

Oleh AFIFI HAFIZ MOHD NOR

SELEPAS beberapa bulan membuat kemunculan secara dalam talian, Naza Kia Malaysia akhirnya melancarkan model kenderaan utiliti sukan (SUV), Seltos untuk pasaran dalam negara ini.

Kia Seltos pertama kali diperkenalkan kepada umum pada pertengahan tahun 2019 dan merupakan barisan kenderaan bagi pasaran global.

Di Malaysia, model ini akan menjadi pesaing kepada Proton X50, Hyundai Kona, Honda HRV, Renault Captur dan Subaru XV.

Dua varian yang ditawarkan bagi Kia Seltos ialah EX dan GT Line dengan harga atas jalan masing-masing ialah RM115,888 dan RM133,888. Kedua-dua varian hadir dengan waranti lima tahun dan ditawarkan enam pilihan warna.

Panjang keseluruhan Kia Seltos ialah 4,315 milimeter (mm), lebar 1,800mm, tinggi 1,645mm dan jarak antara roda 2,610mm.

SUV ini menggunakan enjin 1.6 liter MPI dan kotak gear enam kelajuan automatik. Kombinasi itu mampu menghasilkan kuasa maksimum 123 PS pada 6,300rpm dan tork maksimum 150.7Nm pada 4,850 rpm.

REKAAN hadapan jentera ini beridentitikan gril tiger nose tetapi nampak padat dengan lampu dari kiri dan kanan yang kelihatan sebaris.

Bagi memberikan pengalaman pemanduan yang lebih seronok mengikut rentak pemandu, tiga mod pemanduan turut ditawarkan seperti Normal, Eco dan Sport.

Penggunaan mod pemanduan yang betul akan memberikan hasil pemanduan dan penggunaan minyak yang optimum di samping hamburan kuasa dinamik yang maksimum.

Rekaan beridentiti

Jika kita lihat rekaan hadapan Kia Seltos ini, ia masih mengekalkan identiti gril tiger nose tetapi nampak padat dengan rekaan lampu hadapan dari kiri dan kanan ibarat sebaris serta bampar di bahagian bawah.

TAYAR menggunakan rim aloi bersaiz 17 inci.

Varian GT Line menggunakan lampu utama, lampu isyarat dan lampu kabus jenis LED memberikan imej lebih berketerampilan di samping kelihatan moden.

Bahagian sisi dikemaskan dengan garisan badan yang tersusun di samping menggunakan rim aloi bersaiz 17 inci dengan dua tona warna.

Bahagian belakang kelihatan menarik kerana bahagian bampar bawah menggunakan tona warna gelap dengan kemasan berwarna perak.

REKAAN belakang kenderaan ini memiliki ciri tersendiri.

Masuk ke ruang kokpit, SUV itu turut dilengkapi dengan sistem infotainment bersaiz lapan inci lengkap dengan paparan kamera belakang, sistem Apple CarPlay dan Android Auto serta enam pembesar suara.

Varian GT Line juga hadir dengan paparan meter kluster tujuh inci berbanding varian EX yang berskrin lebih kecil iaitu 3.5 inci.

Varian premiumnya itu turut dilengkapi dengan pengecas telefon pintar tanpa wayar dan Head Up Display bagi meminimumkan tumpuan ketika sedang memandu.

RUANG dalaman kenderaan yang menawan.

Setiap panel pintu hadir dengan ciri-ciri mod bunyi lampu (Sound Mood Lighting). Mod ini berfungsi dengan menukar mod pencahayaan lampu mengikut muzik yang dimainkan pada sistem audio. Enam pilihan warna turut ditawarkan bersama enam tema.

Ruang but belakang Kia Seltos bersaiz 433 liter, namun apabila tempat duduk belakangnya direbahkan ruang itu menjadi saiz 900 liter.

Keselamatan

Setiap kenderaan yang dilancarkan tidak lengkap tanpa ciri-ciri keselamatan, tidak terkecuali Kia Seltos. Ia dihadirkan dengan standard Pengurusan Kestabilan Kenderaan Kia.

Selain itu, Kia Seltos hadir dengan enam beg udara keselamatan, Hill Assist Control, Anti Lock Brake System dan sensor parkir hadapan.

Kesimpulannya, selepas Kia Seltos dilancarkan, peminat-peminat kenderaan SUV bersaiz kompak atau crossover mempunyai lebih banyak pilihan.

SELTOS dihadirkan dalam dua varian iaitu EX dan GT Line.

Model SUV seumpama ini kebiasaannya disasarkan kepada golongan eksekutif tidak kira lelaki atau perempuan kerana kenderaan ini tampak sesuai dengan golongan ini walaupun sudah berkeluarga.

Kebanyakan pengeluar akhir-akhir ini mahu memperkenalkan SUV mereka kerana kenderaan segmen ini ibarat sedang menjadi trend pada masa ini.

Jika anda berminat, selepas tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) nanti, silalah pergi ke bilik pameran terdekat untuk melihat sendiri jentera ini. Layari laman web www.kia.com untuk maklumat lanjut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI