fbpx
Tangkap layar video dikongsikan ZRA, hari ini memaparkan kapal kargo yang dipenuhi keperluan tentera Israel sedang melintasi lautan Mediteranean.

[VIDEO] 19 bot GSF ambil masa 2 jam ‘kejar’ kapal genosid untuk protes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kesemua 19 buah bot Global Sumud Flotilla (GSF) mengambil masa selama dua jam untuk mengejar sebuah kapal yang membawa peralatan berkaitan keperluan tentera Israel, semalam.

Menerusi perkongsian sukarelawan Malaysia, Zainal Rashid Ahmad (ZRA), tugasan itu dilakukan selepas misi tersebut mendapat maklumat mengenai kapal berkenaan yang sedang melintasi lautan Mediterranean.

Beliau berkata, ia dilaksanakan dengan kepungan dan taktik melintasi kapal, disertakan tiupan hon udara serta kibaran bendera Palestin sebagai tanda protes.

“Dua jam mengejar dengan bantuan angin kencang dan bot layar berjaya mencapai kelajuan 8 knot, kami hampiri kapal sasaran dengan protes keras.

“Ini adalah protes yang kami sedang jalankan. Dengan mengitari kapal yang membawa barangan ke Israel dan ini adalah langkah yang kami laksanakan bersama dengan beberapa lagi kapal GSF.

“Satu langkah tambahan, satu projek yang dirancang ketika kami dapat mengesan kapal membawa barangan ke Israel. Kami tidak bersendirian,” katanya menerusi video di media sosial ZRA Strim, hari ini.

Tambah beliau, usaha dalam pelayaran kali ini juga adalah bagi meneruskan kesinambungan perjuangan untuk memboikot 60,000 pekerja di tiga pelabuhan Itali terhadap kargo senjata ke Israel, iaitu ketika Sumud Flotilla belayar pada September 2025.

“Kita tak mungkin dapat menenggelamkan kapal pro genosida ini. Namun, langkah protes di lautan adalah mewakili suara masyarakat sivil yang mahu genosida segera dihentikan,” tegasnya.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, sebanyak 19 buah bot GSF melaksanakan tindakan langsung dengan menyelaras usaha mengganggu aliran senjata ke Israel.

Perkara itu dimaklumkan menerusi kenyataan di media sosial Sumud Nusantara Official.

Menurut kenyataan itu, GSF tidak akan belayar melewati kapal-kapal yang membawa senjata dan bekalan kepada pihak yang melakukan jenayah perang tanpa melakukan segala termampu untuk mengganggu rantaian bekalan tersebut.

“Sebanyak 19 buah kapal GSF sedang mengalihkan laluan MSC Maya dan mengganggu aliran bahan mentah yang digunakan untuk alat perang genosid,” kata kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN