fbpx
Gambar hiasan.

33 individu merusuh di pusat hiburan didenda, penjara 10 bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Seramai 33 individu yang terlibat dalam insiden merusuh di sebuah pusat hiburan di Cheras pada awal bulan ini menerima padah apabila dijatuhi hukuman penjara tambahan 10 bulan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, pada 5 April lalu, pihak polis telah menerima laporan berkaitan sekumpulan individu telah menceroboh dan melakukan perbuatan khianat di sebuah pusat hiburan di Cheras.

Katanya, bertindak atas maklumat, pihak polis telah berjaya menahan individu yang terlibat bagi membantu siasatan.

“Pada 10 April lalu, pihak polis telah membuat pertuduhan ke atas 33 orang individu yang telah disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan bagi kesalahan merusuh dengan memiliki senjata atau benda yang boleh menyebabkan kecederaan dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana kesalahan khianat yang menyebabkan kerugian atau kerosakan harta benda.

“Kesemua individu yang ditangkap mengaku bersalah dan diberi jamin bagi sebutan semula kes oleh pihak mahkamah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Susulan itu katanya, pada hari ini sebutan semula kertas siasatan telah dijalankan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan telah menjatuhkan hukuman denda RM 3,000 dikekalkan dengan tambahan 10 bulan penjara ke atas semua yang terlibat.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN